Sabtu, 25 Disember 2010

Marah Panahan Syaitan

Assalamualaikum saudara seagamaku,
Hari ini saya akan bercerita mengenai erti pentingnya sabar dalam kehidupan kita.Kebanyakan daripada kita pada hari ini tahu bahawa sabar itu sememangnya separuh daripada iman,namun berapa ramaikah di kalangan kita menerapkan kesabaran ini di dalam jiwa kita.Sabar tidak semestinya bersabar daripada tindakan orang kepada kita,malah kita kena bersabar dengan mengawal amarah kita dan nafsu kita.
Oleh itu,Rasulullah SAW telah mengajar kita supaya sentiasa bersabar kerana pahalanya terlalu besar.Bersabar dengan tindakan orang ke atas kita sememangnya besar pahalanya,namun jika kita tidak dapat mengawal kesabaran kita, atas tindakan orang itu, keatas kita dengan mengadu kepada Allah supaya mendajjalkan orang itu,kita sebenarnya membantu orang itu.Hal ini kerana,jika kita mendoakan supaya seseorang itu mendapat kesusahan akibat menyakiti kita,dosa orang itu akan berkurangan malah dosa kita akan bertambah.
Selain itu,terdapat seorang sahabat rasulullah yang telah dibelasah teruk oleh sekumpulan musuhnya.Namun,beliau hanya tersenyum apabila telah dibelasah dengan teruk sambil menahan kesakitannya.Lantas sahabatnya bertanya"Mengapakah kamu masih boleh tersenyum sedangkan kamu telah dibelasah dengan teruk".Lalu sahabat Rasulullah ini mengangkat tangannya hingga ke paras dadanya dan berdoa "ya Allah,berikanlah hidayah mu serta keampunan mu kepadanya".Sahabatnya bertambah hairan lalu terus bertanya"Mengapa kamu mendoakan mereka,bukankah mereka telah menyakiti kamu?".Lantas sahabat Rasulullah itu terus menjawab"Ini bukan salah mereka,aku hanya marah kepada orang yang menyuruh mereka melakukan perkara ini".Sahabatnya pula bertanya"Siapa?".Dengan segera beliau menjawab "Syaitan".
Akhir kata,kita hendaklah sabar dengan amarah kita daripada terus dikuasai oleh syaitan yang sentiasa mahu menarik manusia menjadi pengikutnya untuk menemaninya di dalam naraka jahanam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan