Khamis, 27 Mac 2014

Stress!

Assalamualaikum, n selamat sejahtera. Wah! lamanya tak update blog ni. terlalu sibuk di Kolej Matrikulasi Johor ni sampai tak sempat nak pegang laptop untuk bersosial dan sebagainya. Haha.

Pejam Celik,
Pejam Celik,
Dah tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi pengajianku di Kolej Matrikulasi Johor ni. Macam2 perasaan timbul; suka, lega, excited n paling penting stress! Ya itu dia! Stress!!!

Walaupun pengajian tinggal 2 minggu je lagi, tapi aku kena cover semua chapter utk setiap topik dalam masa 2 minggu ni sebab Final Exam for Matriculation Level (PSPM 2) is around the corner! Wargghhhhhh!! Sedar tak sedar, hari makin hari aku cuba untuk belajar sungguh2 untuk cover semua bab dalam setiap subjek. Tapi... aku pun tak tahu la kenapa, aku rasa macam ada sesuatu je yang menganggu aku sejak kebelakangan ni. Haishh, Masya Allah. Aku harap segala2nya berjalan dengan lancar sampai habis Final Exam.

Ahad ni kelas aku (Praktikum MS22) akan mengadakan majlis BBQ. Hooray!!! Aku harap dapat kurangkan stress aku malam tu. Bulan ni je dah macam2 benda jadi contohnya pergi melukis mural kat Tadika Agama Johor senyap2 tanpa pengetahuan pengarah dan pihak kolej, Kapal MH370 hilang, Kemarau yang selama 3 bulan berlanjutan dah habis, jerebu mengurang, Annual dinner kolej dan sebagainya. Haishh! Makin bertambah2 stress aku, sabar jelah. Jangan putus berharap pertolongan Allah. Tu je yg aku pegang dari dulu. Bak kata Aizat, Just Do Our Best and Let Allah Do The Rest! yeah! itu lah kata2 yg aku pegang sampai sekarang. In Sya Allah. Pape pun. Aku berdoa dan berharap, perjuanganku saat2 akhir ni di Kolej Matrikulasi Johor dipermudahkan dan diselesaikan dengan cukup sempurna sekali.

Tu je aku nak merapu malam ni #TEPI KOLAM KMJ@BALAI SAUJANA#

KEEP CALM
AND
PRAY FOR PSPM 2

FIRST CHEMISTRY EXPERIMENT

Rabu, 1 Mei 2013

From Port Dickson to Kuala Lumpur

Fiesta!
Fiesta!
Fiesta!

Ya, itulah sebabnya kenapa aku dan kawan-kawan aku pergi ke Kuala Lumpur.

Assalamualaikum,

Hari ini aku teringin nak tulis pasal aktiviti aku dengan kawan-kawan aku di Kuala Lumpur. Tujuan kami pada mulanya ingin pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) atau dalam Bahasa Inggeris, Kuala Lumpur International Book Fiesta (KLIBF) di Putra World Trade Centre (PWTC)

Pagi itu hujan lebat berserta ribut melanda pekan Port Dickson. Aku, Rusdy dan Azhari pergi ke Seremban dengan menaiki bas dari Port Dickson. Kemudian di Stesen Komuter Seremban, kita orang tunggu pula Aiman dan Aizat yang datang dengan menaiki kereta. Di stesen keretapi tu, kitorang berjumpa dengan Najmi dengan kakak dia. Jadi, bila Aiman dan Aizat sudah sampai, kitorang pun naik keretapi komuter ke Putra. Hujan lebat berserta ribut juga melanda Seremban dan tidak menampakkan tanda-tanda akan berhenti. Mujurlah komuter sampai tepat pada waktunya.

Di Putra, kami berjalan kaki ke PWTC. Ribuan manusia menyerbu PWTC itu dengan perasaan yang teruja dan gembira. Turut tidak ketinggalan aku dengan kawan-kawan aku, perasaan teruja itu menangkis kesemua keresahan kami bersesak-sesak di dalam itu. Di dalam itu, kami pergi bertemu awan Rusdy bernama Athirah (Ada) dan kawan2nya. Apabila bertemu dengan Athirah atau lebih mesra dipanggil Ada, kami pergi ke booth Gempakstarz. Keadaannya lebih teruk dari yang kami sangka. Di dalam booth itu kelihatan puluhan manusia sedang berdiri memenuhi ruang dan ceruk yang sempit. Tiada siapa yang mampu untuk berjalan keluar atau masuk. Saya pula pergi ke bahagian menjual baju Gempakstarz untuk mengambilnya. Keadaan yang berebut-rebut menampakkan seolah-olah ada jualan hangat yang sedang berlangsung.

Selesai di booth Gempakstarz, kami pergi ke booth penerbit PTS. Keadaan di situ 10 kali lebih sesak daripada keadaan di booth Gempakstarz. Puluhan ribu orang berpusu-pusu masuk ke Dewan Tun Hussein Onn sehinggakan sesak di pintu masuk dewan tersebut. Tangisan kanak-kanak mengambarkan bertapa sibuknya keadaan disitu. Sehinggakan saya sendiri kehilangan kawan-kawan saya di dalam dewan itu juga. Kebetulan pada ketika itu, telefon bimbit saya ada bersama rakan saya, jadi saya tidak dapat menghubungi kawan-kawan saya. Jadi saya mendapat ilham untuk mencari telefon awam. Jauh juga saya mencarinya sehingga saya terpaksa keluar dari PWTC itu dan menggunakan telefon awam berhampiran jalanraya. Apabila selesai telefon, rupa-rupanya kawan saya masih berada di dalam Dewan Tun Hussein Onn. Jadi, saya hanya tunggu di luar PWTC, tapi kawan2 saya beranggapan saya tunggu mereka di luar dewan tersebut. Jenuh mereka bertawaf sekeliling dewan itu. Kesian mereka. Akhirnya, dalam 30 minit kami pun berjumpa di luar PWTC.

Apabila keluar, kami ingin pergi ke Mid Valley. Keadaan yang sesak pula berterusan di stesen Keretapi Putra. Masya'Allah. Jadi kami pun terus beratur secara bergilir-gilir dan ada yang pergi menunaikan solat terlebih dahulu. Apabila mendapat tiket, kami pun menaiki komuter. Selepas naik, barulah kami sedar bahawa kami tersalah naik komuter, jadi kami terpaksa menukarnya di KL Sentral dan menaiki komuter yang betul.

Di Mid Valley, kami berasa teramat lapar. Jadi kami pergi mencari McDonald untuk makan di sana. selesai makan dan berjalan2 di Mid Valley, kami pun ingin pulang ke Seremban. Apabila turun dari tangga, kami terlihat keretapi kami sudah tiba lebih awal, jadi kami pun berlari masuk ke dalam koc yang terdekat. Apabila kami masuk, barulah kami sedar bahawa kami menaiki koc untuk wanita sahaja. Dengan rasa malu, kami berlari keluar dan mencari pintu koc lain yang terbuka. Tetapi kami terlambat, pintu sudah pun tertutup. Jadi kami pun terpaksa tunggu Komuter yang seterusnya.

Kami meneruskan perjalanan ke Seremban. Dengan keadaan komuter yang hampir kosong, kami mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai di dalam komuter tersebut. Perjalanan yang lama ke Seremban membuatkan kami kebosanan.

Kami tiba di Seremban pada waktu Maghrib. Selesai solat di Masjid Negeri, kami pun pegi mengisi semula perut kami di A&W. Mujur orang tidak ramai. Selesai makan dan bersiar-siar sekitar Seremban, kami pun bergerak pulang ke rumah masing2.

Itulah aktiviti yang kami lakukan pada 1 Mei 2013! Yeah! Hahaha

Sekian saja daripada saya,
Cappuchino Prince 

Isnin, 15 April 2013

PAST THE TEST

Assalamualaikum dan hai,

Seperti yang saya dah bagitahu sbelum ini bahawa saya akan menduduki ujian JPJ menunggang motor dan memandu kereta.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya,saya telah lulus ujian memandu kereta sepenuhnya manakala motor pula saya telah lulus bahagian 3 tetapi kandas bahagian 2.Mulanya memang tak boleh terimalah, tapi aku teringat yang aku berserah semuanya kepada Allah. Dan setahu aku, Allah tak pernah hampakan hamba-Nya. Oleh itu, aku pikir mungkin kalau aku teruskan juga ujian motor bahagian 2, aku akan kandas dekat bahagian lain.

Jadi sebagai konklusinya, aku akan fokus pula utk ujian motor bahagian 2.Mungkin lebih mudah kerana tak payah fikir lagi utk buat ujian kereta.Fikiran pun lapang.Akhir kata dari aku, aku akan buat yg terbaik utk ujian seterusnya.
Inn Sya Allah~~~

Sabtu, 13 April 2013

TEST!!!

Assalamualaikum dan hai,

Kita berjumpa lagi sekali. Hari ni aku nak berceloteh berkenaan perkara yang akan berlaku dua hari akan datang bermula esok. Esok aku akan menghadiri kelas memandu kereta dan menunggang motor buat kali terakhir sebelum aku menduduki Ujian JPJ. Fuhh... memang seram. Abang aku kata dulu dia ambil Ujian JPJ kereta pukul 6, tak tahu la betul ke tak. Kalau betul, aku kena siapkan diri aku untuk bersedia duduk kat Akademi Memandu tu sampai petang. Hehehe.

Sekarang ni, aku berharap yang aku benar - benar lulus dalam ujian tu. Bukannya apa, aku cuma tak nak susahkan ayah aku yang selama ni bersusah payah cari duit untuk aku sekeluarga. Kalau aku gagal, bermaksud ayah aku perlu bayar lagi untuk ambil ujian semula. Kesian ayah aku!

Sekarang ni aku cuma perlukan restu daripada Allah SWT untuk dapatkan yang terbaik untuk diri aku. Aku harap yang membaca ni pun sama-sama mendoakan supaya aku berjaya dalam Ujian JPJ Isnin ni.

Sekian,
Terima Kasih

Selasa, 9 April 2013

Hang Out to Seremban Yo!

Salam alaykum and hye,

Hari ni aku nak berkongsi tentang suatu perkara yang mnarik yang dah berlaku hari ni. Hari ni, aku bersama - sama dengan 11 kawan aku yang lain telah keluar bersama-sama ke Seremban. Biasanya orang sebut " hang out". Lebih kurang la... hehehe

Apa yang menariknya hari ni ialah, buat pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku telah hang out dengan kawan - kawan aku dalam jumlah yang ramai. Ya, pada mulanya memang terkejut besar sebab ramai - ramai ikut turun Seremban. Aku pikir ni reunion kecil -kecilan tapi aku silap! Ini cuma aktiviti lapang yang dicadangkan oleh beberapa orang kawan aku yang nak kitorang lepak sama -sama.

First, bila semua orang dah sampai ke Aeon, Tun Muhd Naqiuddin ( aku panggil Tun) dah cadangkan nak tengok cerita Host. Mula - mula aku pikir cerita tu bosan sebab iklan dia tak menarik perhatian aku langsung, tapi bila tengok dia dalam senarai Movie Mingguan, aku rasa mesti seronok. Jadi, atas persetujuan semua orang,  Tun pun pergi beli tiket wayang untuk 12 orang.

Nak dipendekkan cerita, kitorang habiskan masa kitorang dekat bahagian Games sementara tunggu waktu cerita tu ditayangkan. Aku sempat lah main game lumba kereta dengan Izwan; kawan sekelas aku sementara tunggu diorang yang lain habis main Pool.

Main punya main, tak sedar waktu dh dekat, lepas selesai solat n beli popcorn semua, kitorang pun masuk la. Cerita tu dh start pulak, kitorang terlambat sikit. Lepas kitorang duduk dkat sit kitorang, kitorang pun layan la cerita tu. Tak sampai 30 minit, semua kebosanan! Serius, cerita tu memang bosan gila. Kitorang boleh bantai buat memekak pulak dalam tu. Nasib baik x ramai orang. Lepas tu dua orang kawan aku curi2 keluar dekat tempat kitorang masuk tadi. Aku pikir diorang cari tandas. Rupa - rupanya diorang pegi curi2 masuk Bilik 4. Tengok cerita G.I. JOE senyap2. Kuang asam betul diorang ni, tengok cerita free x mengajak.

Lepas tu kitorang habiskan masa kitorang selepas tengok wayang tu dengan bermain boling. aku ingatkan dalam pukul 5.30 petang dah habis dah. Rupa2nya, pukul 6.30 baru habis. Masing2 kelam-kabut nak balik sebab ada yang kene kerja dan ada yang nak solat Asar. Lawak2. Last2, kitorang berhenti dkat R&R Mambau, sekali solat maghrib berjemaah. PON BOLEH!

Walaupun hari ni memenatkan, aku rasa seronok sekali. Satu hari di Seremban dengan kawan - kawan kesayangan aku, memang seronok sampai tak terhingga!

Itu je la dari aku untuk kali ni. Jumpa nanti.

( Tiba - tiba terasa nak letak nama pena pulak. hihihi)

Ahad, 7 April 2013

A long day!

Salam Alaykum and Hai,

Today I would like to share about what have I did today. For the first time, I worked as a catering worker owned by my friend's family, Rusdy. For sure, I was not alone. Rusdy has invited my classmates to work together, so I would not felt strange when working for the first time as a catering worker. Furthermore, since my classmates has agreed to work together with Rusdy, I never felt strange to work and talk to the other worker.I felt very happy and glee.

I also got some new experience to share with the reader of this post.First, as a first time worker, I did many mistakes on my work and sometime I did not know what to do even though there were still have many works to be settle. So my friend, Rusdy who has many experience on this work has instructed me to do the works in a stern tone. I accept the admonition as the way to make myself much better on this works.

Second, I knew how to overcome my problem. My big problem is I scared to talk to other peoples and I like to keep my mouth shut from talking with stranger. When I worked in this work, I learn how to talk to people and other workers. First, I need to think the topic to be chat with the workers. In this situation, I talk about the works to be do and sometimes I did the works together woth the other worker that I not recognised. Second, I lend a hand to him. When the time was busy, I voulenteered myself to help the workers. The workers felt very happy because his work was much easier. From that, he will start to chat with me.

Now, I felt really tired! Really, really, really tired! I am sure that my classmates also fell the same. This night, I sure think that my friends will rest thier legs on their fluffy pillow and have a really sweet dream. Me too... hehehe.

That's all for today, seeya! (^0^)


MY CLASSMATES



Isnin, 1 April 2013

Keputusan Kelakar

Sudah beberapa bulan SPM habis, lepas itu dua minggu lepas aku dapat keputusan SPM. Alhamdulillah, aku dapat 2A+,1A,2A-,2B+,3B . Bukan nak menunjuk atau apa, cuma agak kelakar bila aku tengok keputusan peperiksaan aku, 5A5B. Aku ni bukan la pandai mana pun, cuma yang lucunya, sejak daripada peperiksaan UPSR, aku selalu dapat gred A dan B. Rasa dah macam jodoh pula. Hahaha. Cuba korang tengok gred aku:

Ketika UPSR = 4A 1B
Ketika PMR = 6A 2B
Ketika SPM = 5A 5B


Macam aku katakan tadi, aku ni bukanlah pandai sangat. Semasa ujian - ujian biasa, aku ada juga merasa gred A,B,C,D,E malah F (gagal). Keputusan peperiksaan terakhir aku sebelum aku menduduki Peperiksaan SPM memang teruk. Memang pekena la gred E! Mata pelajaran yang aku dapat gred E itu apa lagi, semestinya subjek yang paling banyak menyumbang kepada kebengongan diri aku iaitu KIMIA!!! HAHAHA. APA PUN TAK BOLEH.

(Harap - harap Cikgu Zalina tak ngamuk dekat aku... hahaha)

Tapi sekarang, aku dah kene lupakan segala keputusan yang aku pernah rasa, sebab lepas ni aku kena lanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ya! itulah azam aku selama ni. Lanjutkan pelajaran ke universiti yang hebat2 yang ada kat Malaysia macam UM,UKM,UTM, dan USM. Kalau dapat salah satu daripada 4 universiti ni pun aku dah bersyukur yang teramat sangat. Hehe. Doakanlah aku berjaya! Amin...