Fiesta!
Fiesta!
Fiesta!
Ya, itulah sebabnya kenapa aku dan kawan-kawan aku pergi ke Kuala Lumpur.
Assalamualaikum,
Hari ini aku teringin nak tulis pasal aktiviti aku dengan kawan-kawan aku di Kuala Lumpur. Tujuan kami pada mulanya ingin pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) atau dalam Bahasa Inggeris, Kuala Lumpur International Book Fiesta (KLIBF) di Putra World Trade Centre (PWTC)
Pagi itu hujan lebat berserta ribut melanda pekan Port Dickson. Aku, Rusdy dan Azhari pergi ke Seremban dengan menaiki bas dari Port Dickson. Kemudian di Stesen Komuter Seremban, kita orang tunggu pula Aiman dan Aizat yang datang dengan menaiki kereta. Di stesen keretapi tu, kitorang berjumpa dengan Najmi dengan kakak dia. Jadi, bila Aiman dan Aizat sudah sampai, kitorang pun naik keretapi komuter ke Putra. Hujan lebat berserta ribut juga melanda Seremban dan tidak menampakkan tanda-tanda akan berhenti. Mujurlah komuter sampai tepat pada waktunya.
Di Putra, kami berjalan kaki ke PWTC. Ribuan manusia menyerbu PWTC itu dengan perasaan yang teruja dan gembira. Turut tidak ketinggalan aku dengan kawan-kawan aku, perasaan teruja itu menangkis kesemua keresahan kami bersesak-sesak di dalam itu. Di dalam itu, kami pergi bertemu awan Rusdy bernama Athirah (Ada) dan kawan2nya. Apabila bertemu dengan Athirah atau lebih mesra dipanggil Ada, kami pergi ke booth Gempakstarz. Keadaannya lebih teruk dari yang kami sangka. Di dalam booth itu kelihatan puluhan manusia sedang berdiri memenuhi ruang dan ceruk yang sempit. Tiada siapa yang mampu untuk berjalan keluar atau masuk. Saya pula pergi ke bahagian menjual baju Gempakstarz untuk mengambilnya. Keadaan yang berebut-rebut menampakkan seolah-olah ada jualan hangat yang sedang berlangsung.
Selesai di booth Gempakstarz, kami pergi ke booth penerbit PTS. Keadaan di situ 10 kali lebih sesak daripada keadaan di booth Gempakstarz. Puluhan ribu orang berpusu-pusu masuk ke Dewan Tun Hussein Onn sehinggakan sesak di pintu masuk dewan tersebut. Tangisan kanak-kanak mengambarkan bertapa sibuknya keadaan disitu. Sehinggakan saya sendiri kehilangan kawan-kawan saya di dalam dewan itu juga. Kebetulan pada ketika itu, telefon bimbit saya ada bersama rakan saya, jadi saya tidak dapat menghubungi kawan-kawan saya. Jadi saya mendapat ilham untuk mencari telefon awam. Jauh juga saya mencarinya sehingga saya terpaksa keluar dari PWTC itu dan menggunakan telefon awam berhampiran jalanraya. Apabila selesai telefon, rupa-rupanya kawan saya masih berada di dalam Dewan Tun Hussein Onn. Jadi, saya hanya tunggu di luar PWTC, tapi kawan2 saya beranggapan saya tunggu mereka di luar dewan tersebut. Jenuh mereka bertawaf sekeliling dewan itu. Kesian mereka. Akhirnya, dalam 30 minit kami pun berjumpa di luar PWTC.
Apabila keluar, kami ingin pergi ke Mid Valley. Keadaan yang sesak pula berterusan di stesen Keretapi Putra. Masya'Allah. Jadi kami pun terus beratur secara bergilir-gilir dan ada yang pergi menunaikan solat terlebih dahulu. Apabila mendapat tiket, kami pun menaiki komuter. Selepas naik, barulah kami sedar bahawa kami tersalah naik komuter, jadi kami terpaksa menukarnya di KL Sentral dan menaiki komuter yang betul.
Di Mid Valley, kami berasa teramat lapar. Jadi kami pergi mencari McDonald untuk makan di sana. selesai makan dan berjalan2 di Mid Valley, kami pun ingin pulang ke Seremban. Apabila turun dari tangga, kami terlihat keretapi kami sudah tiba lebih awal, jadi kami pun berlari masuk ke dalam koc yang terdekat. Apabila kami masuk, barulah kami sedar bahawa kami menaiki koc untuk wanita sahaja. Dengan rasa malu, kami berlari keluar dan mencari pintu koc lain yang terbuka. Tetapi kami terlambat, pintu sudah pun tertutup. Jadi kami pun terpaksa tunggu Komuter yang seterusnya.
Kami meneruskan perjalanan ke Seremban. Dengan keadaan komuter yang hampir kosong, kami mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai di dalam komuter tersebut. Perjalanan yang lama ke Seremban membuatkan kami kebosanan.
Kami tiba di Seremban pada waktu Maghrib. Selesai solat di Masjid Negeri, kami pun pegi mengisi semula perut kami di A&W. Mujur orang tidak ramai. Selesai makan dan bersiar-siar sekitar Seremban, kami pun bergerak pulang ke rumah masing2.
Itulah aktiviti yang kami lakukan pada 1 Mei 2013! Yeah! Hahaha
Sekian saja daripada saya,
Cappuchino Prince