Lamanya aku tak update blog aku, sibuk la katakan.. hahaha..
ok la.. hari ni aku nak amik masa free ni nak berceloteh sorang- sorang sbb aku thu.. bkan ramai pun yang baca blog aku... ni sekadar luahan perasaan je di tempat yg sedikit tersembunyi berbanding facebook yang ramai orang akan baca...
Hari ni (21/9/2012) adalah hari jumaat dimana esok akan ada satu majlis sambutan aidilfitri peringkat sekolah di sekolah aku iaitu SMK Bukit Saujana (sekolah yang tercinta) . Aku baru baik dari demam minggu lepas semasa Peperiksaan Percubaan SPM. Alhamdulillah sudah pulih dan sihat. Hari ini, aku rasa seperti akan demam balik... adik perempuan aku dah kene satu penyakit yang dipanggil "Pulmonary TiBi" sejak beberapa hari yang lalu... Hari ni aku rasa mcm aku plak yang terkena penyakit tu sbb aku batuk x kuar kahak pastu selesema je memanjang... Tapi aku x kesah pun sbb mungkin tu ketentuan Allah SWT... "Kun Faa Yaa Kun" . Aku ikut ketentuan Allah sebagai hamba-Nya yang taat. Aku sentiasa berharap yang aku akan pergi berjumpa dengan Dia dalam keadaan Syahid. Dan dengan kesempatan ini, aku nak mintak sejuta kemaafan dari korang (kawan-kawan sekolah aku amnya dan kawan-kawan baik aku iaitu Aizat,Rusdy,Azhari,Aiman Haffiz,Aiman,Najmi,Tun,Amir,Wak,Fahmi khususnya dan bdak2 perempuan kelas 5 Newton 2012 ) mungkin dalam aku bergurau ada yang tersinggung.. Aku tak ada benda yang nak bagi kat korang semua melainkan sebuah erti persahabatan yang tulus suci seperti Rasulullah SAW dan Abu Bakar As Siddiq. Dan yang paling penting sekali aku nak kata, Aku Sayang Korang Semua dan Aku anggap korang macam adik-beradik aku jugak.Apa pun, good luck untuk SPM tahun ni.. Kasi meletup result kita tahun ni!!!
Terlebih panjang pulak aku berceloteh sorang2 ni... Terima Kasih kepada yang sudi membaca (termasuk diri aku .. hahaha) dan Assalamualaikum...