Isnin, 15 April 2013

PAST THE TEST

Assalamualaikum dan hai,

Seperti yang saya dah bagitahu sbelum ini bahawa saya akan menduduki ujian JPJ menunggang motor dan memandu kereta.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya,saya telah lulus ujian memandu kereta sepenuhnya manakala motor pula saya telah lulus bahagian 3 tetapi kandas bahagian 2.Mulanya memang tak boleh terimalah, tapi aku teringat yang aku berserah semuanya kepada Allah. Dan setahu aku, Allah tak pernah hampakan hamba-Nya. Oleh itu, aku pikir mungkin kalau aku teruskan juga ujian motor bahagian 2, aku akan kandas dekat bahagian lain.

Jadi sebagai konklusinya, aku akan fokus pula utk ujian motor bahagian 2.Mungkin lebih mudah kerana tak payah fikir lagi utk buat ujian kereta.Fikiran pun lapang.Akhir kata dari aku, aku akan buat yg terbaik utk ujian seterusnya.
Inn Sya Allah~~~

Sabtu, 13 April 2013

TEST!!!

Assalamualaikum dan hai,

Kita berjumpa lagi sekali. Hari ni aku nak berceloteh berkenaan perkara yang akan berlaku dua hari akan datang bermula esok. Esok aku akan menghadiri kelas memandu kereta dan menunggang motor buat kali terakhir sebelum aku menduduki Ujian JPJ. Fuhh... memang seram. Abang aku kata dulu dia ambil Ujian JPJ kereta pukul 6, tak tahu la betul ke tak. Kalau betul, aku kena siapkan diri aku untuk bersedia duduk kat Akademi Memandu tu sampai petang. Hehehe.

Sekarang ni, aku berharap yang aku benar - benar lulus dalam ujian tu. Bukannya apa, aku cuma tak nak susahkan ayah aku yang selama ni bersusah payah cari duit untuk aku sekeluarga. Kalau aku gagal, bermaksud ayah aku perlu bayar lagi untuk ambil ujian semula. Kesian ayah aku!

Sekarang ni aku cuma perlukan restu daripada Allah SWT untuk dapatkan yang terbaik untuk diri aku. Aku harap yang membaca ni pun sama-sama mendoakan supaya aku berjaya dalam Ujian JPJ Isnin ni.

Sekian,
Terima Kasih

Selasa, 9 April 2013

Hang Out to Seremban Yo!

Salam alaykum and hye,

Hari ni aku nak berkongsi tentang suatu perkara yang mnarik yang dah berlaku hari ni. Hari ni, aku bersama - sama dengan 11 kawan aku yang lain telah keluar bersama-sama ke Seremban. Biasanya orang sebut " hang out". Lebih kurang la... hehehe

Apa yang menariknya hari ni ialah, buat pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku telah hang out dengan kawan - kawan aku dalam jumlah yang ramai. Ya, pada mulanya memang terkejut besar sebab ramai - ramai ikut turun Seremban. Aku pikir ni reunion kecil -kecilan tapi aku silap! Ini cuma aktiviti lapang yang dicadangkan oleh beberapa orang kawan aku yang nak kitorang lepak sama -sama.

First, bila semua orang dah sampai ke Aeon, Tun Muhd Naqiuddin ( aku panggil Tun) dah cadangkan nak tengok cerita Host. Mula - mula aku pikir cerita tu bosan sebab iklan dia tak menarik perhatian aku langsung, tapi bila tengok dia dalam senarai Movie Mingguan, aku rasa mesti seronok. Jadi, atas persetujuan semua orang,  Tun pun pergi beli tiket wayang untuk 12 orang.

Nak dipendekkan cerita, kitorang habiskan masa kitorang dekat bahagian Games sementara tunggu waktu cerita tu ditayangkan. Aku sempat lah main game lumba kereta dengan Izwan; kawan sekelas aku sementara tunggu diorang yang lain habis main Pool.

Main punya main, tak sedar waktu dh dekat, lepas selesai solat n beli popcorn semua, kitorang pun masuk la. Cerita tu dh start pulak, kitorang terlambat sikit. Lepas kitorang duduk dkat sit kitorang, kitorang pun layan la cerita tu. Tak sampai 30 minit, semua kebosanan! Serius, cerita tu memang bosan gila. Kitorang boleh bantai buat memekak pulak dalam tu. Nasib baik x ramai orang. Lepas tu dua orang kawan aku curi2 keluar dekat tempat kitorang masuk tadi. Aku pikir diorang cari tandas. Rupa - rupanya diorang pegi curi2 masuk Bilik 4. Tengok cerita G.I. JOE senyap2. Kuang asam betul diorang ni, tengok cerita free x mengajak.

Lepas tu kitorang habiskan masa kitorang selepas tengok wayang tu dengan bermain boling. aku ingatkan dalam pukul 5.30 petang dah habis dah. Rupa2nya, pukul 6.30 baru habis. Masing2 kelam-kabut nak balik sebab ada yang kene kerja dan ada yang nak solat Asar. Lawak2. Last2, kitorang berhenti dkat R&R Mambau, sekali solat maghrib berjemaah. PON BOLEH!

Walaupun hari ni memenatkan, aku rasa seronok sekali. Satu hari di Seremban dengan kawan - kawan kesayangan aku, memang seronok sampai tak terhingga!

Itu je la dari aku untuk kali ni. Jumpa nanti.

( Tiba - tiba terasa nak letak nama pena pulak. hihihi)

Ahad, 7 April 2013

A long day!

Salam Alaykum and Hai,

Today I would like to share about what have I did today. For the first time, I worked as a catering worker owned by my friend's family, Rusdy. For sure, I was not alone. Rusdy has invited my classmates to work together, so I would not felt strange when working for the first time as a catering worker. Furthermore, since my classmates has agreed to work together with Rusdy, I never felt strange to work and talk to the other worker.I felt very happy and glee.

I also got some new experience to share with the reader of this post.First, as a first time worker, I did many mistakes on my work and sometime I did not know what to do even though there were still have many works to be settle. So my friend, Rusdy who has many experience on this work has instructed me to do the works in a stern tone. I accept the admonition as the way to make myself much better on this works.

Second, I knew how to overcome my problem. My big problem is I scared to talk to other peoples and I like to keep my mouth shut from talking with stranger. When I worked in this work, I learn how to talk to people and other workers. First, I need to think the topic to be chat with the workers. In this situation, I talk about the works to be do and sometimes I did the works together woth the other worker that I not recognised. Second, I lend a hand to him. When the time was busy, I voulenteered myself to help the workers. The workers felt very happy because his work was much easier. From that, he will start to chat with me.

Now, I felt really tired! Really, really, really tired! I am sure that my classmates also fell the same. This night, I sure think that my friends will rest thier legs on their fluffy pillow and have a really sweet dream. Me too... hehehe.

That's all for today, seeya! (^0^)


MY CLASSMATES



Isnin, 1 April 2013

Keputusan Kelakar

Sudah beberapa bulan SPM habis, lepas itu dua minggu lepas aku dapat keputusan SPM. Alhamdulillah, aku dapat 2A+,1A,2A-,2B+,3B . Bukan nak menunjuk atau apa, cuma agak kelakar bila aku tengok keputusan peperiksaan aku, 5A5B. Aku ni bukan la pandai mana pun, cuma yang lucunya, sejak daripada peperiksaan UPSR, aku selalu dapat gred A dan B. Rasa dah macam jodoh pula. Hahaha. Cuba korang tengok gred aku:

Ketika UPSR = 4A 1B
Ketika PMR = 6A 2B
Ketika SPM = 5A 5B


Macam aku katakan tadi, aku ni bukanlah pandai sangat. Semasa ujian - ujian biasa, aku ada juga merasa gred A,B,C,D,E malah F (gagal). Keputusan peperiksaan terakhir aku sebelum aku menduduki Peperiksaan SPM memang teruk. Memang pekena la gred E! Mata pelajaran yang aku dapat gred E itu apa lagi, semestinya subjek yang paling banyak menyumbang kepada kebengongan diri aku iaitu KIMIA!!! HAHAHA. APA PUN TAK BOLEH.

(Harap - harap Cikgu Zalina tak ngamuk dekat aku... hahaha)

Tapi sekarang, aku dah kene lupakan segala keputusan yang aku pernah rasa, sebab lepas ni aku kena lanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ya! itulah azam aku selama ni. Lanjutkan pelajaran ke universiti yang hebat2 yang ada kat Malaysia macam UM,UKM,UTM, dan USM. Kalau dapat salah satu daripada 4 universiti ni pun aku dah bersyukur yang teramat sangat. Hehe. Doakanlah aku berjaya! Amin...