Isnin, 1 April 2013

Keputusan Kelakar

Sudah beberapa bulan SPM habis, lepas itu dua minggu lepas aku dapat keputusan SPM. Alhamdulillah, aku dapat 2A+,1A,2A-,2B+,3B . Bukan nak menunjuk atau apa, cuma agak kelakar bila aku tengok keputusan peperiksaan aku, 5A5B. Aku ni bukan la pandai mana pun, cuma yang lucunya, sejak daripada peperiksaan UPSR, aku selalu dapat gred A dan B. Rasa dah macam jodoh pula. Hahaha. Cuba korang tengok gred aku:

Ketika UPSR = 4A 1B
Ketika PMR = 6A 2B
Ketika SPM = 5A 5B


Macam aku katakan tadi, aku ni bukanlah pandai sangat. Semasa ujian - ujian biasa, aku ada juga merasa gred A,B,C,D,E malah F (gagal). Keputusan peperiksaan terakhir aku sebelum aku menduduki Peperiksaan SPM memang teruk. Memang pekena la gred E! Mata pelajaran yang aku dapat gred E itu apa lagi, semestinya subjek yang paling banyak menyumbang kepada kebengongan diri aku iaitu KIMIA!!! HAHAHA. APA PUN TAK BOLEH.

(Harap - harap Cikgu Zalina tak ngamuk dekat aku... hahaha)

Tapi sekarang, aku dah kene lupakan segala keputusan yang aku pernah rasa, sebab lepas ni aku kena lanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ya! itulah azam aku selama ni. Lanjutkan pelajaran ke universiti yang hebat2 yang ada kat Malaysia macam UM,UKM,UTM, dan USM. Kalau dapat salah satu daripada 4 universiti ni pun aku dah bersyukur yang teramat sangat. Hehe. Doakanlah aku berjaya! Amin...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan