Salam alaykum and hye,
Hari ni aku nak berkongsi tentang suatu perkara yang mnarik yang dah berlaku hari ni. Hari ni, aku bersama - sama dengan 11 kawan aku yang lain telah keluar bersama-sama ke Seremban. Biasanya orang sebut " hang out". Lebih kurang la... hehehe
Apa yang menariknya hari ni ialah, buat pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku telah hang out dengan kawan - kawan aku dalam jumlah yang ramai. Ya, pada mulanya memang terkejut besar sebab ramai - ramai ikut turun Seremban. Aku pikir ni reunion kecil -kecilan tapi aku silap! Ini cuma aktiviti lapang yang dicadangkan oleh beberapa orang kawan aku yang nak kitorang lepak sama -sama.
First, bila semua orang dah sampai ke Aeon, Tun Muhd Naqiuddin ( aku panggil Tun) dah cadangkan nak tengok cerita Host. Mula - mula aku pikir cerita tu bosan sebab iklan dia tak menarik perhatian aku langsung, tapi bila tengok dia dalam senarai Movie Mingguan, aku rasa mesti seronok. Jadi, atas persetujuan semua orang, Tun pun pergi beli tiket wayang untuk 12 orang.
Nak dipendekkan cerita, kitorang habiskan masa kitorang dekat bahagian Games sementara tunggu waktu cerita tu ditayangkan. Aku sempat lah main game lumba kereta dengan Izwan; kawan sekelas aku sementara tunggu diorang yang lain habis main Pool.
Main punya main, tak sedar waktu dh dekat, lepas selesai solat n beli popcorn semua, kitorang pun masuk la. Cerita tu dh start pulak, kitorang terlambat sikit. Lepas kitorang duduk dkat sit kitorang, kitorang pun layan la cerita tu. Tak sampai 30 minit, semua kebosanan! Serius, cerita tu memang bosan gila. Kitorang boleh bantai buat memekak pulak dalam tu. Nasib baik x ramai orang. Lepas tu dua orang kawan aku curi2 keluar dekat tempat kitorang masuk tadi. Aku pikir diorang cari tandas. Rupa - rupanya diorang pegi curi2 masuk Bilik 4. Tengok cerita G.I. JOE senyap2. Kuang asam betul diorang ni, tengok cerita free x mengajak.
Lepas tu kitorang habiskan masa kitorang selepas tengok wayang tu dengan bermain boling. aku ingatkan dalam pukul 5.30 petang dah habis dah. Rupa2nya, pukul 6.30 baru habis. Masing2 kelam-kabut nak balik sebab ada yang kene kerja dan ada yang nak solat Asar. Lawak2. Last2, kitorang berhenti dkat R&R Mambau, sekali solat maghrib berjemaah. PON BOLEH!
Walaupun hari ni memenatkan, aku rasa seronok sekali. Satu hari di Seremban dengan kawan - kawan kesayangan aku, memang seronok sampai tak terhingga!
Itu je la dari aku untuk kali ni. Jumpa nanti.
( Tiba - tiba terasa nak letak nama pena pulak. hihihi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan