Sabtu, 13 April 2013

TEST!!!

Assalamualaikum dan hai,

Kita berjumpa lagi sekali. Hari ni aku nak berceloteh berkenaan perkara yang akan berlaku dua hari akan datang bermula esok. Esok aku akan menghadiri kelas memandu kereta dan menunggang motor buat kali terakhir sebelum aku menduduki Ujian JPJ. Fuhh... memang seram. Abang aku kata dulu dia ambil Ujian JPJ kereta pukul 6, tak tahu la betul ke tak. Kalau betul, aku kena siapkan diri aku untuk bersedia duduk kat Akademi Memandu tu sampai petang. Hehehe.

Sekarang ni, aku berharap yang aku benar - benar lulus dalam ujian tu. Bukannya apa, aku cuma tak nak susahkan ayah aku yang selama ni bersusah payah cari duit untuk aku sekeluarga. Kalau aku gagal, bermaksud ayah aku perlu bayar lagi untuk ambil ujian semula. Kesian ayah aku!

Sekarang ni aku cuma perlukan restu daripada Allah SWT untuk dapatkan yang terbaik untuk diri aku. Aku harap yang membaca ni pun sama-sama mendoakan supaya aku berjaya dalam Ujian JPJ Isnin ni.

Sekian,
Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan